KTM rancang bina kereta api elektrik dari Butterworth-JB - Utusan Malaysia

KTM rancang bina kereta api elektrik dari Butterworth-JB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Ogos 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan para penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) antara Butterworth dan Johor Baharu dijangka dapat tiba di destinasi mereka dalam masa enam jam sahaja berbanding 13 jam sekiranya rancangan KTM untuk menggunakan kereta api elektrik berjaya.

Landasan kereta api elektrik akan dibina selari dengan landasan yang ada sekarang serta lebih besar, manakala tempat duduk dalam koc lebih luas malah dilengkapi dengan perkhidmatan seperti yang terdapat di dalam sebuah kapal terbang.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 30 Ogos 1972 – Sebuah filem Indonesia yang berunsur keagamaan telah dipilih oleh Pertubuhan Shaw untuk tayangan sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia iaitu “Si Gondrong” atau “Big Brother”.
  • 30 Ogos 1974 – Pekerja-pekerja Chartered Bank dan lain-lain syarikat di bangunan bank tersebut di Jalan Beach, Pulau Pinang lari bertempiaran berikutan terdapat panggilan telefon yang mengatakan sebutir bom akan meletup di situ.
  • 30 Ogos 1979 – Jabatan Cetak Kerajaan telah ditukar namanya kepada Jabatan Percetakan Negara mulai hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya