Janda Baik sebagai bandar kembar Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Janda Baik sebagai bandar kembar Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Ogos 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan satu persetujuan bersama mengenai kedudukan Janda Baik yang akan dijadikan bandar kembar Kuala Lumpur telah dicapai antara Kementerian Wilayah dan Kerajaan Negeri Pahang.

Kedua-dua pihak sebelum ini telah berbincang mengenai penyerahan Janda Baik oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada pengurusan Kementerian Wilayah Persekutuan supaya membolehkan ia dijadikan bandaraya kembar Kuala Lumpur.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 22 Ogos 1974 – Satu majlis meraikan seorang bintang filem terkemuka dari Jerman, Hardy Kruger telah diadakan di kediaman Duta Besar Republik Persekutuan Jerman, Hans Joachim Hallier di Kuala Lumpur.
  • 22 Ogos 1975 – Presiden baru Bangladesh, Khondakar Mushtaque Ahmad mengisytihar dirinya secara rasmi sebagai ketua negara dan mengarahkan undang-undang tentera sebagai undang-undang tertinggi negara itu.
  • 22 Ogos 1984 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menjimatkan sekurang-kurangnya RM3 juta peruntukan bagi melatih kakitangannya dibidang teknik peluru yang kini dikendalikan sendiri sejak tahun 1980.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya