fbpx

Filipina gugur tuntutan ke atas Sabah

Pada 5 Ogos 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Presiden Marcos mengumumkan Kerajaan Republik Filipina sedang mengambil langkah-langkah pasti bagi menghapuskan tuntutan Filipina terhadap Sabah.

Beliau dalam satu pengumuman yang dramatik menegaskan: “Adalah menjadi harapan kita langkah ini akan menjadi sumbangan tetap kepada perpaduan, kekuatan dan kesentosaan seluruh rantau ASEAN.”

Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin termasuk ketua-ketua negara ASEAN.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 5 Ogos 1974 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Presiden baharu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bagi tahun 1974/76 menggantikan Ustaz Ghazali Nawawi.
  • 5 Ogos 1977 – Angkatan Kerjasama se-Malaysia (ANGKASA) akan menubuhkan koperasi pengguna peringkat kebangsaan secepat mungkin bagi melindungi pengguna daripada menghadapi tekanan kenaikan harga barang di seluruh negara.
  • 5 Ogos 1983 – Semua daerah di Terengganu dilanda wabak taun selepas merebak ke Dungun dan Hulu Terengganu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!