Dermaga berharga RM79 juta dibina di Pelabuhan Klang - Utusan Malaysia

Dermaga berharga RM79 juta dibina di Pelabuhan Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Ogos 1974, Utusan Malaysia melaporkan Lembaga Pelabuhan Klang menandatangani satu perjanjian bernilai RM79 juta dengan dua buah firma untuk membina dermaga sepanjang 1,050 meter dan menambak tanah seluas 140 hektar.

Kontrak untuk membina dermaga di pelabuhan utara bernilai RM60 juta itu diserahkan kepada usahasama Syarikat Zublin-Muhibbah, sementara kontrak untuk menambak tanah berharga RM19 juta diterima oleh Syarikat Overseas Decloedt Et. Fils dari Belgium..

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 29 Ogos 1971 – Menteri Kerja Raya Pos dan Telekom, Tun V. T. Sambanthan mengumumkan penubuhan sebuah institut latihan pos untuk kakitangan pejabat pos.
  • 29 Ogos 1972 – Undang-undang larangan menghisap rokok di panggung wayang dalam kawasan bandar Kuala Lumpur akan dikuatkuasakan mulai 1 September.
  • 29 Ogos 1979 – Sebanyak 22 kawasan seluas 125.2 batu persegi akan digazet sebagai kawasan Majlis Perbandaran Kuantan yang akan berkuatkuasa mulai 1 September ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya