Bahasa Malaysia perlu diberi keutamaan dalam iklan - Utusan Malaysia

Bahasa Malaysia perlu diberi keutamaan dalam iklan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Ogos 1972, Utusan Malaysia melaporkan penegasan Datuk Bandar, Tan Sri Yaakob Latiff tentang bahasa Malaysia hendaklah diberi keutamaan dalam iklan-iklan yang hendak dipasang di bangunan atau poster yang mahu direntang di sekitar kawasan Bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut beliau, di bawah undang-undang kecil (iklan) bagi Bandaraya, 1972, mereka yang didapati salah melanggar undang-undang tersebut boleh didenda sehingga RM250 atau penjara.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 3 Ogos 1971 – Satu majlis perkahwinan terbesar dan paling meriah akan diadakan antara anak perempuan pemilik Globe Silk Store, Radha T. Jettanand, 20, dengan Chandur G. Khemani, 24, pada 15 Ogos di Jalan Seavoy, Kuala Lumpur.
  • 3 Ogos 1972 – Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah merasmikan Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman berharga RM400,000 yang terletak
    di hadapan Bangunan Urusetia Kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah.
  • 3 Ogos 1982 – Setelah berjaya menghasilkan sebuah EP dan sebuah LP beberapa tahun lalu di bawah label EMI, kini penyanyi Rose Iskandar telah diberi peluang oleh Syarikat IMI merakam lagu-lagu ke piring hitam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya