Australia sedia bantu Malaysia atasi kejatuhan harga barang utama - Utusan Malaysia

Australia sedia bantu Malaysia atasi kejatuhan harga barang utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Ogos 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Australia bersedia membantu Malaysia mengatasi masalah kejatuhan harga barang utama seperti getah dan timah di pasaran antarabangsa.

Perdana Menterinya, Malcolm Fraser menegaskan, Australia pernah mengalami keadaan yang sama pada masa lalu bagi keluaran utamanya seperti gula, gandum, bulu kambing dan daging lembu.

Oleh yang demikian, pengalaman merancang dan melaksana strategi pemasaran serta pengendalian keluaran utama dapat dikaji oleh Malaysia

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 4 Ogos 1979 – Sempena menyambut Hari Pahlawan, RTM akan menayangkan sebuah drama khas berjudul “Menuju Utara” karya Syed Alwi yang turut diarahkan oleh beliau sendiri.
  • 4 Ogos 1982 – Ibu Pejabat Mara yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang pertama mengamalkan konsep ‘pejabat terbuka’ selaras dengan kehendak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  • 4 Ogos 1983 – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Dr. Ismail Mohd Ali telah dilantik sebagai Pro Canselor baru Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya