Tengku Razaleigh, 'Bapa Ekonomi Malaysia' - Utusan Malaysia

Tengku Razaleigh, ‘Bapa Ekonomi Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Julai 1975, Utusan Malaysia melaporkan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia yang bersidang hari ini sebulat suara menganugerahkan gelaran ‘Bapa Ekonomi Malaysia‘ kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Gelaran tersebut dibuat memandangkan banyak pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan oleh beliau kepada perkembangan dan kemajuan dewan-dewan perniagaan hari ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 Julai 1974 – Menteri Besar Terengganu, Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman memberitahu, perjanjian muktamad dengan Kerajaan Romania untuk menjalankan usaha sama kompleks perkayuan di Dungun dijangka ditandatangani akhir bulan ini.
  • 7 Julai 1979 – Dua buah filem Malaysia ‘Dendang Perantau’ dan ‘Panglima Badul’ memenangi award dalam Pesta Filem Asia yang ke-25 di Singapura.
  • 7 Julai 1982 – Muzium sejarah yang akan dibina sebagai sebahagian daripada projek pembesaran Muzium Negara akan mempunyai rekabentuk yang mencerminkan sejarah dan cara hidup 14 buah negeri di seluruh negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya