Sepuluh tahanan Brunei dilindungi - Utusan Malaysia

Sepuluh tahanan Brunei dilindungi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Julai 1973, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan memberikan perlindungan politik kepada 10 rakyat Brunei yang melarikan diri ke Malaysia beberapa hari lalu.

Kementerian Luar Negeri ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut selaras dengan undang-undang dan amalan antarabangsa. 10 orang tahanan politik itu termasuklah bekas Naib Presiden Parti Rakyat Brunei, Zaini Ahmad dan bekas setiausaha parti itu, Yassin Affandi.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 27 Julai 1972 – Seramai 150 penyokong komunis ditangkap di Kalimantan Barat, menurut kenyataan oleh Pemerintah Wilayah Tentera Ke-12 Tanjungpura, Brigedier Jeneral Sumadi.
  • 27 Julai 1973 – Jawatankuasa Mengenang Jasa P. Ramlee bersetuju menubuhkan Yayasan P. Ramlee yang bertujuan meninggikan seni dan budaya bangsa tidak lama lagi.
  • 27 Julai 1974 – Menteri Pelajaran, Mohamad Yaakob berkata, kerajaan berpuas hati dengan bilangan hari sekolah iaitu 195 hari setahun dan ia adalah mencukupi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya