Pusat pelancongan RM3 bilion di Langkawi - Utusan Malaysia

Pusat pelancongan RM3 bilion di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Julai 1983, Utusan Malaysia melaporkan syarikat gergasi tempatan, Promet Berhad memulakan projeknya yang paling besar iaitu pembangunan pusat peranginan pelancongan bernilai RM3 bilion di Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah.

Apabila siap kelak, pusat peranginan tersebut akan mempunyai danau air masin, akuarium laut dan kolam mandi paling besar di dunia seluas enam ekar dengan tiga buah pulau di dalamnya yang menghubungkan empat buah hotel.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 Julai 1971 – Menteri Besar Perak Datuk Kamaruddin Mat Isa menasihatkan belia supaya menjadikan “Tatasusila” bangsa Melayu sebagai landasan untuk mengekalkan keperibadian bangsa Malaysia.
  • 23 Julai 1983Perpustakaan Negara Malaysia ingin memperbaiki dan memelihara dua buah Quran tua tulisan tangan yang ditemui di Kampung Tok Paduka Raja, Mukim Pulau Tiga.
  • 23 Julai 1985 – Kerajaan mengeluarkan lesen tambahan kepada Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) untuk memperluaskan siaran TV3 ke empat kawasan iaitu, Lembah Kinta, Kuantan, Melaka dan Johor.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya