Penubuhan Mahkamah Tertinggi - Utusan Malaysia

Penubuhan Mahkamah Tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Julai 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebuah Mahkamah Tertinggi akan ditubuhkan di negara ini bagi menggantikan Mahkamah Persekutuan yang ada kini, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, satu rang undang-undang bagi menubuhkan mahkamah itu akan dibentangkan di Parlimen.

Ia juga bertujuan mewujudkan sebuah sistem kehakiman bersepadu bagi menggantikan sistem kehakiman yang berasingan bagi Sabah dan Sarawak.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 25 Julai 1974 – Menteri Kemajuan Tanah, Datuk Asri Muda berkata, ‘Ratu Timur‘ sebuah kapal penumpang berhawa dingin telah dipilih untuk membuat pelayaran membawa jemaah haji tahun ini menggantikan kapal ‘Malaysia Raya‘ yang rosak.
  • 25 Julai 1975 – ‘London Tin‘ yang merupakan syarikat timah terbesar di dunia akan memindahkan ibu pejabatnya dari Britain ke Malaysia.
  • 25 Julai 1979 – Hampir 30 orang kakitangan kerajaan di Negeri Perak telah diberhentikan kerja sejak tertubuhnya jawatankuasa disiplin dan kenaikan pangkat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya