Pusat pasaran getah berpindah ke Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Pusat pasaran getah berpindah ke Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 Jun 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pusat pasaran getah akan berpindah dari London ke Kuala Lumpur dan persetujuan mengenainya telah dicapai di London.

Pengerusi Pernas, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah yang mengumumkannya hari ini berkata, persetujuan itu dicapai dalam rundingan dua hari antara perwakilan Malaysia dengan broker-broker getah serta pihak berkenaan dalam perusahaan itu di London pada 12 Jun lalu. Sebahagian besar broker-broker getah di London bersetuju dan menerima baik rancangan untuk memindahkan pusat tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 17 Jun 1971 – Semua barang-barang buatan tangan Malaysia dibenarkan masuk ke Australia tanpa dikenakan sebarang cukai, menurut Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Mr. J. R. Rowland hari ini.
  • 17 Jun 1972Kerajaan Thailand telah mengarahkan semua lelaki yang berambut panjang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang dari luar negeri, wajib memotong rambut terlebih dahulu.
  • 17 Jun 1973 – Yang di-Pertuan Agong hari ini menyampaikan Cokmar Universiti Kebangsaan kepada Menteri Pelajaran, Tun Hussein Onn dalam satu upacara penuh istiadat di Istana Negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya