Pakar sains disaran buat penyelidikan - Utusan Malaysia

Pakar sains disaran buat penyelidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Jun 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Canselor Universiti Sains Malaysia, Tuanku Syed Putera Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail mencadangkan kepada pakar-pakar sains dan teknologi serta pakar-pakar penyelidik di universiti itu supaya menjalankan penyelidikan yang akan memberi faedah untuk kemakmuran negara.

Baginda berpendapat, Universiti Sains Malaysia akan lebih terkenal sekiranya langkah-langkah diatur bagi menjalankan penyelidikan yang berguna kepada negara.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 8 Jun 1972Mara telah membeli 75 peratus saham Syarikat Bumirel dan mengambil alih pentadbiran syarikat pengangkutan lori itu sejak 1 Jun lalu.
  • 8 Jun 1974 – Perenang Jepun, Shoichi Nakajima menjadi orang pertama berjaya menyeberangi Selat Melaka setelah berenang dari Pulau Rupat, Sumatera dan tiba di Pantai Blue Lagoon, Port Dickson.
  • 8 Jun 1975MARDI telah mendapat pinjaman sebanyak RM63.6 juta dari Bank Dunia untuk membiayai rancangan-rancangan penyelidikan dan pertanian di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya