Mara bina 45 MRSM di pekan-pekan kecil - Utusan Malaysia

Mara bina 45 MRSM di pekan-pekan kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Jun 1985, Utusan Malaysia melaporkan Mara akan membina 45 buah mini Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di pekan-pekan kecil seluruh negara dengan perbelanjaan RM202.5 juta di bawah Rancangan Malaysia Kelima bagi menambah kemampuan pengambilan pelajar.

Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Abdillah Abdul Hamid berkata, Mara telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan bagi meluluskan pembinaan 15 mini MRSM dengan belanja RM67.5 juta.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 26 Jun 1974 – Menteri Luar Libya, Abdel Ati Al Obeidi menyarankan Filipina mencontohi Malaysia dalam menyelesaikan masalah golongan minoriti di negara itu.
  • 26 Jun 1975Mozambique mencapai kemerdekaan hari ini setelah hampir 500 tahun berada di bawah jajahan Portugis.
  • 26 Jun 1978 – Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmad Koroh, 54 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth akibat serangan jantung.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.