Bekas pelajar sekolah sertai komunis - Utusan Malaysia

Bekas pelajar sekolah sertai komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Mei 1979, Utusan Malaysia melaporkan seramai 150 orang bekas pelajar sekolah menengah di Johor termasuk pelajar perempuan berada di hutan untuk menyertai komunis menentang kerajaan.

Menteri Besar Johor, Tan Sri Osman Saat berkata, seramai tujuh pelajar berkenaan telah terbunuh dalam beberapa pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa memberi kerjasama kepada penyiasatan pasukan keselamatan dan memberi amaran akan bertindak tegas terhadap ibu bapa yang enggan memberikan kerjasama.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 11 Mei 1977 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mempertimbangkan permohonan Nasir Ramlee, anak Allahyarham P. Ramlee untuk mempelajari muzik di Sekolah Muzik Berkeley, Amerika Syarikat.
  • 11 Mei 1978 – Dewan Perniagaan Cina Selangor mencadangkan kerajaan menggalakkan perniagaan cara “Ali Baba” melalui perkongsian usahawan Bumiputera dan Cina.
  • 11 Mei 1980 – Rencana Hiburan bertajuk “Bukit Kepong” merupakan cabaran paling hebat bagi pengarah Jins Shamsuddin.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya