Parti Berjaya pimpinan Harris Salleh tewas - Utusan Malaysia

Parti Berjaya pimpinan Harris Salleh tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 April 1985, Utusan Malaysia melaporkan parti Berjaya kalah dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sabah di mana Datuk Harris Salleh yang juga Ketua Menteri turut tewas kepada calon Parti Bersatu Sabah (PBS).

Sehingga pukul 1 pagi, parti-parti pembangkang PBS, USNO dan PASOK telah memenangi 28 daripada 33 kerusi yang diisytiharkan, jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan baru bagi Sabah.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 22 April 1970 – Lebih 50,000 orang pelancong asing telah melawat Malaysia Barat tahun lepas melalui Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Port Swettenham.
  • 22 April 1977 – Filem “Pendekar” dan “Menanti Hari Esok” antara yang akan menyertai Pesta Filem Asia di Bangkok pada Jun depan.
  • 22 April 1984 – RTM menghentikan sementara iklan ayam goreng KFC kerana timbul keraguan tentang cara penyembelihan sehingga isu itu diselesaikan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya