Hoki Piala Dunia: Malaysia ke separuh akhir. - Utusan Malaysia

Hoki Piala Dunia: Malaysia ke separuh akhir.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 12 Mac 1975, Utusan Malaysia melaporkan jaringan ketua pasukan, Sri Shanmuganathan pada minit terakhir melalui pukulan sudut penalti menempa sejarah apabila buat pertama kali Malaysia masuk separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Dunia Ke-3 dengan mengalahkan Belanda 2-1 di hadapan 10,000 penonton di Padang Kelab Kilat, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak menyifatkan hadiah paling berharga kepada negara dan dirinya yang menyambut hari jadi ke-53 pada hari yang sama.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 12 Mac 1980 – Yang Dipertua Agung Pas, Tan Sri Asri Muda menjelaskan isu teori domino yang ditimbulkannya dalam muktamar khas Pas bertujuan mewujudkan sifat waspada dalam kalangan rakyat bukannya menerima teori tersebut.
  • 12 Mac 1983 – Pemain “bass” handalan, Hanafie Mohd. Imam diberi penghormatan oleh Kolej Muzik Berklee, Boston, Amerika Syarikat mengetuai konsert jazz dengan lagu gubahannya “KL, KL Here I Come”.
  • 12 Mac 1985 – Kapal terbang pejuang Iran mengebom dan membedil Baghdad dan empat bandar lain di Utara Iraq bagi membalas serangan Iraq ke kawasan awam di Iran.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya