Ahmad Zaidi YDP Sarawak baharu - Utusan Malaysia

Ahmad Zaidi YDP Sarawak baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 April 1985, Utusan Malaysia melaporkan Tun Ahmad Zaidi Mohammed, 64, dilantik sebagai Yang Dipertua baharu Negeri Sarawak menggantikan Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub yang tamat tempoh perkhidmatannya.

Tun Ahmad Zaidi menerima suratcara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail dalam satu upacara ringkas di Istana Negara.

Beliau dilahirkan di Sibu pada Ogos 1921 pernah menjadi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak setelah memenangi kerusi Kalaka dalam pilihan raya negeri 1974.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 1 April 1968 – Menteri Pelajaran, Tan Sri Mohamad Khir Johari mengumumkan untuk menambah masa 120 – 180 minit bagi
    pelajaran Bahasa Inggeris untuk darjah satu hingga tiga di sekolah rendah bukan aliran Inggeris
  • 1 April 1983 – Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan perkhidmatan kad BSN pertamanya di kawasan Petaling Jaya dan di
    Hentian Puduraya, Kuala lumpur dengan urusan dijalankan secara “online”.
  • 1 April 1984 – Kemunculan Tom Cruise dalam dunia lakonan bermula dengan peranan kecil sebagai
    teman baik Martin Hewitt, hero dalam filem “Endless Love”.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya