Undang-undang nikah, cerai disemak - Utusan Malaysia

Undang-undang nikah, cerai disemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Mac 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak berkata soal nikah cerai adalah merupakan institusi “suci dan mulia” yang tidak boleh dipermainkan dan dipermudahkan.

Berucap ketika merasmikan Muktamar Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Islam Malaysia yang diwakili lebih 400 perwakilan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Tun mengumumkan kerajaan sedang mengambil langkah untuk menyemak undang-undang nikah cerai bagi mengurangkan perceraian di kalangan umat Islam.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 8 Mac 1972 – Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul menetapkan bahawa mulai sekarang semua urusan di dalam kerajaan dan perhubungan dengannya hendaklah dijalankan dalam Bahasa Malaysia
  • 8 Mac 1979 – Dua Timbalan Menteri, Puan Rafidah Aziz dan En. S. Samy Vellu bergelar Datuk dengan kurniaan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Selangor ke-53.
  • 8 Mac 1983 – Sultan Kelantan menarik balik gelaran kebesaran yang dikurniakan kepada dua bekas Menteri Besar, iaitu Datuk Mohamad Asri Hj Muda dan Datuk Hj Ishak Lofti kerana kesalahan mencacatkan pengurniaan tersebut.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya