Polis lancar gerakan pembersihan di Simpang Pertang - Utusan Malaysia

Polis lancar gerakan pembersihan di Simpang Pertang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Mac 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan polis memberkas 10 orang, termasuk seorang wanita dalam satu gerakan pembersihan secara besar-besaran di Simpang Pertang di Negeri Sembilan.

Gerakan mengejut itu berikutan adanya maklumat mengenai kemunculan semula kegiatan anasir komunis dan kononnya kawasan tersebut telah menjadi sarang persembunyian penjenayah.

Lebih 4,000 penduduk daripada 443 rumah diperiksa dalam gerakan antara pukul 11 malam hingga 8 pagi.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 3 Mac 1968 – Seniman Abdullah Chik selesai merakamkan lapan lagu dengan lagu “Selamat Hari Raya” dan “Bahagia Menjelma” dijangka mendapat sambutan peminat.
  • 3 Mac 1975 – Tan Sri Rafidah Aziz, senator dan pensyarah kanan Fakulti Ekonomi memberitahu 84.5 peratus orang Melayu bandar berpendapatan di bawah RM100 sebulan.
  • 3 Mac 1979 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengetuai rombongan galakan pelaburan peringkat tinggi ke Eropah pada April ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya