Pelatih guru wanita pertama di MPSI - Utusan Malaysia

Pelatih guru wanita pertama di MPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Januari 1975, Utusan Malaysia melaporkan Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris) mencipta lembaran baharu apabila buat pertama kalinya “membuka pintu” kepada pelajar wanita.

Seramai 140 pelatih guru wanita yang berjaya memecahkan tradisi tersebut mula mendaftarkan diri.

Menurut Pengetuanya, Tuan Ismail Tuan Mohamad, langkah yang diambil itu sejajar dengan usaha untuk meninggikan lagi mutu kecekapan kebolehan para guru lulusannya supaya MPSI lahir sebagai sebuah pusat latihan perguruan tertinggi di Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Januari 1972 – Lembaga Urusan dan Tabung Haji akan mengkaji semula perjanjian dan perkhidmatan dengan Syarikat Perkapalan Great Malaysia Lines bagi menjaga kepentingan jemaah haji masa akan datang.
  • 21 Januari 1973 – Seorang pemuda terbunuh apabila dua buah kereta api membawa barang berlanggar di Persimpangan Landasan Ampang dekat Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
  • 21 Januari 1978 – Perkhidmatan pengangkutan awam di sekitar Kuala Lumpur separuh lumpuh akibat tindakan mogok mengejut oleh kesemua 400 buah bas mini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.