Tun Abdul Razak Pengerusi Perikatan - Utusan Malaysia

Tun Abdul Razak Pengerusi Perikatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 7 Disember 1970, Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih jawatan Pengerusi Perikatan daripada Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj dalam satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Perikatan.

Ketika mengumumkan penyerahan jawatan itu kepada Tun Razak, Tunku berkata: “Adalah wajar bagi Perdana Menteri mengetuai parti di samping menjadi Ketua Kerajaan”. Tunku juga memberi jaminan akan terus bekerja keras dalam Perikatan dari belakang tabir dan tetap menjadi anggota Perikatan yang kuat.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 7 Disember 1969
    Tiga  filem untuk tayangan Hari Raya di Pawagam Singapura iaitu Nafsu Belia, Sial Wanita dan Mat Toyol.
  • 7 Disember 1972
    Tun Sardon Jubir merasmikan lambang baharu dan bangunan tambahan Lembaga Pelabuhan Kelang.
  • 7 Disember 1977
    Nelayan miskin di Pulau Pinang dan Terengganu berpindah ke Pulau Redang pada Oktober lalu di bawah rancangan Kerajaan Pusat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya