Syarikat perkapalan kebangsaan ditubuh - Utusan Malaysia

Syarikat perkapalan kebangsaan ditubuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 8 Disember 1969, Mingguan Malaysia melaporkan kerajaan mengumumkan pembentukan sebuah syarikat perkapalan kebangsaan dengan modal permulaan sebanyak RM20 juta.

Pengumuman dibuat oleh Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Syarikat Perkapalan Kebangsaan.

Menurutnya, Syarikat Permodalan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad telah dipilih oleh kerajaan untuk menjadi syarikat perkapalan kebangsaan Malaysia.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 8 Disember 1968
    Jins Shamsuddin akan mengarahkan filem sulungnya berjudul “Chelaka Badan” yang dipadankan dari sebuah novel karya Harun Hassan.
  • 8 Disember 1969
    Kapal terbang pejuang seperti Sabre, Hunter, Skyhawk dan Canberra dari Australia dan New Zealand akan dijadikan sistem sebahagian pertahanan udara lima negara bagi Asia Tenggara.
  • 8 Disember 1972
    Tokoh politik Ibrahim Yaakob, 60 tahun, buat pertama kali menjejak kakinya semula ke Malaysia sejak ia meninggalkan negara ini pada 1945.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya