Kampung Tanah Hitam dipagar - Utusan Malaysia

Kampung Tanah Hitam dipagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 5 November 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kampung Baru Tanah Hitam, Ipoh, Perak yang mempunyai kira-kira 4,000 penduduk, salah satu kawasan paling hitam dalam Gerakan Setia mulai dipagar bagi memerangi komunis.

Kerja-kerja memasang pagar setinggi tiga meter di kawasan seluas empat hektar mengelilingi kampung tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga minggu. Langkah ini berikutan kata dua daripada Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada 23 Oktober yang mana mereka akan menghadapi tindakan tegas kerajaan sekiranya terus menerus membantu pengganas komunis.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 5 November 1970
    Pekerja lombong besi di Rompin Pahang yang ditutup pada hari ini mengalu-alukan langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membela nasib mereka.
  • 5 November 1971
    Perdana Menteri Tun Abdul Razak menerima model kapal haji “Malaysia Baru” bersempena dengan perkhidmatan sulungnya kelmarin.
  • 5 November 1972
    Filem “Harimau Jadian” arahan M. Amin terbitan Cathay Keris akan ditayangkan pada Hari Raya Puasa ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya