Penyokong minta Mohd. Asri tubuh parti Islam baharu - Utusan Malaysia

Penyokong minta Mohd. Asri tubuh parti Islam baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 28 Oktober 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Datuk Mohd. Asri Muda yang meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Agung Pas telah diminta oleh 72 daripada 100 ranting Pas di Parlimen Rantau Panjang supaya menubuhkan parti baharu.

Setiausaha Pas Kawasan Rantau Panjang memberitahu, seramai 3,800 orang ahli dan kira-kira 10,000 penyokong parti bersetuju jika Mohd. Asri menubuhkan sebuah lagi parti Islam di negara ini.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 28 Oktober 1968
    Yang di-Pertuan Agong merasmikan Dermaga Air Dalam Pelabuhan Pulau Pinang bernilai RM57 juta.
  • 28 Oktober 1969
    16 buah jerangkap samar yang dipasang komunis ditemukan Pasukan Keselamatan Malaysia di Batu 29 Jalan Raya Changloon- Sadau berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.
  • 28 Oktober 1979
    Presiden Korea Selatan, Park Chung-Hee ditembak mati dalam satu pergelutan antara Pengarah Agensi Perisik Pusat Korea (KCIA) dengan Ketua Pasukan Keselamatan Presiden di sebuah restoran di Seoul.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya