Iraq sertai perang menentang Israel - Utusan Malaysia

Iraq sertai perang menentang Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 11 Oktober 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 18,000 orang tentera Iraq dan disertai oleh 100 kereta kebal menyertai tentera Mesir dan Syria menentang pencerobohan Israel.

Perang yang masuk hari kelima tersebut menyaksikan benteng pertahanan Israel yang kuat di Sinai iaitu Barisan Bar Lev jatuh ke tangan tentera Mesir. Mesir dikatakan akan menubuhkan sebuah kerajaan baru di Sinai bagi kali pertama sejak perang tahun 1967.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 11 Oktober 1969
    Sweden buat kali pertama telah membuka pejabat kedutaannya di Malaysia.
  • 11 Oktober 1977
    Brunei secara rasmi diterima sebagai anggota terbaru Persekutuan Sukan SEA dan boleh menyertai Sukan SEA Ke-9 pada November ini.
  • 11 Oktober 1984
    Penggambaran terakhir babak percintaan antara Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud dalam filem Azura bergantung kepada kedudukan Jamal ekoran penahanannya di Sarawak.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya