Tuanku Yahya Putra lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong - Utusan Malaysia

Tuanku Yahya Putra lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong

PADA 22 September 1975, Utusan Malaysia melaporkan Sultan Kelantan, Tuanku Yahya Putra Almarhum Sultan Ibrahim, 57, melafazkan sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Sultan Pahang, Tengku Ahmad Shah Almarhum Sultan Abu Bakar, 45, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 22 September 1971
    Cadangan Malaysia supaya Asia Tenggara dijadikan rantau berkecuali diterima oleh jawatankuasa perunding 16 negara berkecuali di Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.
  • 22 September 1972
    Menteri Perusahaan Utama, Taib Mahmud berkata, kerajaan tidak lagi membeli benih-benih getah dari luar negeri untuk menjaga mutu kesimbangan pengeluaran susu getah.
  • 22 September 1979
    Tengku Mahmud Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 49, dimasyhurkan sebagai Sultan Terengganu yang ke-15.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN