LPN batal lesen ejen beli padi - Utusan Malaysia

LPN batal lesen ejen beli padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 20 September 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) membatalkan semua lesen membeli padi yang dikeluarkan kepada ejen-ejen menerusi syarikat-syarikat kerjasama dan persatuan-persatuan peladang di Kelantan.

Tindakan ini diambil bagi mengatasi masalah pembelian padi secara haram. Ia juga menyekat orang tengah yang berselindung di sebalik ejen-ejen terbabit.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 20 September 1968
    Angkatan Tentera Malaysia diarah supaya berjaga-jaga terhadap sebarang ekoran perkembangan baharu hubungan dengan Filipina.
  • 20 September 1971
    Israel buat pertama kalinya menggunakan peluru berpandu jenis “Strike” dalam pertempuran di Terusan Suez.
  • 20 September 1974
    Akim Buntat, 22, menjadi Orang Asli pertama mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Beliau mengikuti kursus ijazah selama empat tahun dalam bidang pemasaran di Universiti Ohio.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya