Gerakan MNLF dihancurkan - Utusan Malaysia

Gerakan MNLF dihancurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 3 September 1977, Utusan Malaysia melaporkan polis telah menghancurkan satu gerombolan komunis bawah tanah yang bergelar Barisan Pembebasan Nasional Malaya (MNLF) dengan memberkas ketuanya, Wong Thim Tuck hasil operasi yang bermula sejak Mac.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazalie Shafie ketika mengumumkan perkara tersebut menerangkan bahawa hasil operasi itu juga polis telah membongkar tempat-tempat membuat bom tangan dan simpanan peluru di Kuala Lumpur dan Kelang serta tempat membuat uniform di Selayang.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 3 September 1972
    Bobby Fischer, 29 tahun, muncul juara catur dunia setelah mengalahkan Boris Spassky dari Soviet Union. Spassky menarik diri di permainan ke-21 dalam keseluruhan pertandingan yang mengambil masa selama lapan minggu.
  • 3 September 1971
    Qatar umum kemerdekaannya dan membuat keputusan untuk menamatkan semua perjanjian-perjanjian dengan Britain.
  • 3 September 1983
    Korea Selatan menuntut PBB bersidang bagi mengecam serangan dan pemusnahan sebuah kapal terbang awamnya yang menyebabkan 269 kematian oleh Soviet Union.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.