Singkirkan perkauman - Utusan Malaysia

Singkirkan perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 31 Ogos 1977, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menyeru rakyat menyingkirkan sedikit demi sedikit semangat dan perasaan perkauman, sebaliknya mewujudkan dalam segala perbuatan, pemikiran dan tindakan sikap dan keperibadian rakyat Malaysia.

“Saya penuh yakin dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh serta kerjasama dan sokongan semua pihak, kita akan dapat mewujudkan satu bentuk rupa bangsa yang benar-benar tulen bagi negara kita,” katanya.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 31 Ogos 1968
    Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong menegaskan asas kebahagiaan dan perpaduan suatu masyarakat berbilang kaum ialah sikap tolak ansur.
  • 31 Ogos 1971
    Perdana Menteri, Tun Abdul Razak menyeru rakyat berikrar untuk menggerakkan tenaga ke arah cita-cita perpaduan di samping menjunjung tinggi harapan dan cita-cita Malaysia Baharu yang akan didirikan bersama dalam tahun 70-an.
  • 31 Ogos 1983
    Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, kemajuan tidak mungkin dicapai melainkan jika dapat mengurangkan tumpuan pada soal-soal perbezaan dan kepentingan yang berlainan dan sebaliknya unsur-unsur persamaan serta kerjasama diutamakan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya