Parti politik setuju 11 rukun kempen pilihan raya - Utusan Malaysia

Parti politik setuju 11 rukun kempen pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 11 Ogos 1974, Utusan Malaysia melaporkan wakil-wakil parti Barisan Nasional, PEKEMAS dan DAP bersetuju dengan kesemua 11 tatatertib pilihan raya yang dibentangkan dalam satu mesyuarat di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Ahmad Perang memberitahu, antara tatatertib itu ialah pemimpin politik, calon, wakil calon, penyokong dan pekerja mereka hendaklah mengamalkan adab yang boleh memberi teladan.

Selain itu, kecaman atas peribadi seseorang hendaklah setakat kegiatan dan pendapat politik sahaja.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 11 Ogos 1968
    Kali pertama P. Ramlee, Jins Shamsuddin dan Sarimah bergabung dalam sebuah filem Kanchan Tirana.
  • 11 Ogos 1977
    Kementerian Perhubungan mengumumkan orang ramai dilarang mengirim wang kertas dengan surat berdaftar di dalam mahupun luar dari Malaysia mulai 1 Ogos lalu.
  • 11 Ogos 1984
    Atlet Amerika Syarikat, Valerie Brisco-Hooks muncul atlet wanita pertama memenangi dua pingat emas bagi acara 200 meter dan 400 meter Sukan Olimpik Los Angeles.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya