Barisan Nasional kekal kerajaan Pusat, negeri - Utusan Malaysia

Barisan Nasional kekal kerajaan Pusat, negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 26 Ogos 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan pemerintahan kerajaan Pusat dan semua kerajaan negeri di Semenanjung setelah mendapat 120 kerusi Parlimen dan 283 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum.

Daripada bilangan kerusi Parlimen itu, 104 kerusi ialah di Semenanjung, 15 di Sabah dan satu kerusi di Sarawak. BN juga menyapu bersih semua 12 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, 32 di Pahang dan 36 di Kelantan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 26 Ogos 1968
    Malaysia menumpaskan Burma 3-0 untuk muncul juara Pestabola Merdeka di hadapan lebih 40,000 penonton di Stadium Merdeka.
  • 26 Ogos 1972
    Kepala kereta api No.531 – 01 milik Keretapi Tanah Melayu diarak dari Sentul untuk diserahkan ke Muzium Negara.
  • 26 Ogos 1977
    Projek perintis tanaman padi cara moden menggunakan jentera akan dijalankan di Paya Ganchong, Pekan, Pahang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya