Arafat hargai sokongan Malaysia terhadap Palestin - Utusan Malaysia

Arafat hargai sokongan Malaysia terhadap Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 13 Ogos 1982, Utusan Malaysia melaporkan Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan kuat terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Ucapan terima kasih itu terkandung dalam perutusan khasnya kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disampaikan melalui utusan khasnya, Ali Fayad yang dalam rangka lawatan selama seminggu ke Malaysia. Selain itu, Fayad juga akan memberi taklimat terbaharu di Lebanon dan kedudukan PLO dalam krisis yang berlaku.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 13 Ogos 1968
    Yusof Majid, 28, dari Kerdau, Pahang merupakan penuntut Malaysia yang pertama memperoleh ijazah dalam bidang Industrial Design Textile dari Bradford College of Arts, England.
  • 13 Ogos 1975
    Kementerian Kesihatan memutuskan membekukan pengambilan doktor luar negeri sejajar dengan langkah jimat-cermat kerajaan.
  • 13 Ogos 1984
    Carl Lewis memenangi pingat emas keempatnya menerusi acara berpasukan 4X100 meter Sukan Olimpik Los Angeles sekali gus menyamai rekod Jesse Owens. Sebelum itu beliau memenangi acara 100 meter, 200 meter dan lompat Jauh.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya