Syarikat Takaful pertama negara dibentang di Parlimen - Utusan Malaysia

Syarikat Takaful pertama negara dibentang di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 28 Julai 1984, Utusan Malaysia melaporkan Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Dr. Abdul Halim dalam kenyataannya berkata, Rang Undang-Undang Takaful dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober depan.

Syarikat Takaful (Insurans Islam) Malaysia pertama negara ini akan menjadi anak syarikat BIMB yang memegang 51 peratus ekuitinya apabila memulakan operasi pada awal tahun hadapan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 28 Julai 1970
    Raja Muda Johor, Tengku Mahmud Iskandar Al-Haj menyatakan satu rancangan tambahan sawah padi untuk Orang Asli di Pangkalan Teroh Daerah Kluang akan diadakan tidak lama lagi.
  • 28 Julai 1973
    Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein mengumumkan pinjaman RM250 juta dari Jepun akan digunakan untuk pembelian dua buah kapal pembawa minyak, melengkapkan limbungan kapal dan membina sebuah stesen janaelektrik.
  • 28 Julai 1975
    Tun Haji Mohammed Fuad Stephens mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Yang di-Pertua Negara Sabah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya