Olimpik Los Angeles buka tirai - Utusan Malaysia

Olimpik Los Angeles buka tirai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Julai 1984, Utusan Malaysia melaporkan Sukan Olimpik 1984 dirasmikan di tengah-tengah keriuhan lagu rancak dan tepuk sorak yang tidak putus-putus daripada lebih 90,000 orang penonton di Coliseum Los Angeles, Amerika Syarikat.

Kontinjen Malaysia yang muncul di barisan ke-77 dalam perbarisan pembukaan diketuai penembak kebangsaan, Sabiamad Abdul Ahad sebagai pembawa bendera. Malaysia menghantar dua atlet olahraga iaitu B. Rajkumar dan Nordin Jadi, Helen Chow (renang), Rosman Alwi (lumba basikal) dan pasukan hoki kebangsaan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 30 Julai 1968
    Sebanyak 12 syarikat minyak asing membuat permohonan untuk meneroka minyak di Pantai Barat Malaysia.
  • 30 Julai 1975
    Radio Lagos mengumumkan Ketua Negara Nigeria, Jeneral Yakubu Gowon telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera.
  • 30 Julai 1983
    Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan Bank Negara akan mengedarkan reka bentuk baharu wang kertas mulai September ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.