Muhammad Ali pertahan gelaran heavyweight - Utusan Malaysia

Muhammad Ali pertahan gelaran heavyweight

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 2 Julai 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali membuktikan kegagahannya apabila mengalahkan pencabarnya, Joe Bugner dengan kiraan mata dalam pertarungan hebat 15 pusingan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pertarungan yang disaksikan kira-kira 10,000 orang penonton tersebut turut disiarkan secara langsung oleh televisyen Malaysia dan disaksikan berjuta-juta penonton dari 71 buah negara di dunia..

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 2 Julai 1973
    Bank Bumiputera telah mengeluarkan pinjaman RM140 juta kepada orang Melayu berbanding dengan RM194 juta yang dikeluarkan oleh semua bank-bank di negara ini untuk tujuan sama.
  • 2 Julai 1982
    11 kedai musnah dan menelan kerugian RM1.5 juta apabila Pasar Chow Kit terbakar menjelang persiapan Hari Raya Aidilfitri.
  • 2 Julai 1983
    Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan operasi Bank Islam Malaysia Berhad di Bangunan Ibu Pejabat PERNAS, Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya