Bulan Bintang ganti Palang Merah - Utusan Malaysia

Bulan Bintang ganti Palang Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 19 Julai 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan simbol palang merah yang digunakan oleh Persatuan Palang Merah dan hospital di negara ini akan digantikan dengan simbol “Bulan Bintang” mulai tahun hadapan.

Ia diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal bagi Agama Islam dalam sidangnya yang ke-12 di Bilik Gerakan Jabatan Perdana Menteri yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Sidang itu juga memutuskan agar TV Malaysia menyiarkan azan maghrib dan isyak seperti yang disiarkan oleh Radio Malaysia.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 19 Julai 1970
    Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Ungku Aziz berkata, daripada 3,140 siswa yag memasuki universiti tersebut, hanya 156 siswa Melayu yang mengambil aliran sains.
  • 19 Julai 1979
    Tasik Chenderoh dipilih sebagai “pilot projek” menternak ikan dalam sangkar di Semenanjung Malaysia.
  • 19 Julai 1979
    Sejumlah 11,418 pekerjaan telah diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) sejak ia dibuka 6 tahun lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya