UKM buktikan keupayaan bahasa Kebangsaan - Utusan Malaysia

UKM buktikan keupayaan bahasa Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Jun 1975, Utusan Malaysia dalam laporannya memetik Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein sebagai berkata, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuktikan bahasa Malaysia boleh digunakan dalam semua lapangan pelajaran di pusat-pusat pengajian tinggi.

Kata beliau, penubuhan universiti itu lima tahun lalu ialah untuk memenuhi kehendak rakyat yang ingin meletakkan bahasa Kebangsaan pada tempat yang sebenar. Beliau berucap demikian selaku Canselor UKM pada majlis konvokesyen ketiga universiti tersebut.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 15 Jun 1972
    Siaran TV Pendidikan dilancarkan secara rasmi oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 19 Jun 1972.
  • 15 Jun 1974
    Hari Jubli Intan Cycle & Carriage 1899 -1974. Perniagaan bermula apabila kumpulan bersaudara Chua membuka perniagaan di High Street (Jalan Bandar), Kuala Lumpur.
  • 15 Jun 1978
    RTM mengambil keputusan memberhentikan Drama Minggu Ini dan digantikan dengan siri WIRA.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya