Tunku Abdul Rahman umum letak jawatan PM - Utusan Malaysia

Tunku Abdul Rahman umum letak jawatan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 17 Jun 1970, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tunku Abdul Rahman mengumumkan secara rasmi beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tunku berkata, beliau berbuat demikian untuk menumpukan sepenuh masa kepada Sekretariat Islam. Beliau membuat pengumuman tersebut di Lapangan Terbang Subang sebelum berlepas untuk lawatan ke London, Sweden dan Jepun.

Bagaimanapun Tunku belum dapat mengumumkan tarikh peletakan jawatannya tetapi berkata: “Saya akan berhenti apabila Sekretariat Islam berjalan lancar.”

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 17 Jun 1969
    Bekas Perdana Menteri Perancis, Georges Pompidou menang pilihan raya Presiden dan akan dilantik sebagai Presiden Perancis ke-19.
  • 17 Jun 1973
    Pusat Pasaran Getah akan berpindah dari London ke Kuala Lumpur dan persetujuan mengenainya dicapai di London.
  • 17 Jun 1974
    Mesir akan membina stesen jana eletrik kuasa nuklear pertama dengan kerjasama Amerika Syarikat bernilai 100 juta paun.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.