Rancangan bawa orang Melayu ke bandar - Utusan Malaysia

Rancangan bawa orang Melayu ke bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 18 Jun 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yakin usaha membawa orang Melayu menyertai rancangan pembangunan bandar di negara ini akan berjaya jika perkembangan yang ada sekarang berterusan.

Beliau menyatakan keyakinan berdasarkan sambutan orang Melayu untuk tinggal di rumah-rumah pangsa di kawasan bandar yang disifatkannya sungguh memuaskan.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat projek-projek Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di sekitar ibu kota dan Shah Alam, Tun Dr. Ismail juga menganjurkan supaya perbadanan negeri seluruh negara jangan terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan masing-masing dan Pusat.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 18 Jun 1968
    Malaysia dan Filipina memulakan rundingan awal mengenai tuntutan Filipina terhadap Sabah di Bangkok.
  • 18 Jun 1972
    Menteri Pelajaran, Tun Hussein Onn menyatakan rancangan latihan perguruan rendah dan menengah akan disatukan mulai tahun depan.
  • 18 Jun 1974
    Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris menyatakan tanah seluas 46,000 ekar di selatan negeri tersebut disahkan mengandungi bijih timah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.