Peluang terakhir komunis serah diri - Utusan Malaysia

Peluang terakhir komunis serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 14 Jun 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pasukan keselamatan menggugurkan kira-kira 50,000 risalah di pinggir hutan
kawasan Gerakan Setia di Perak, menyeru pengganas komunis menyerah diri.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Kamaruddin Mat Isa, penyebaran risalah tersebut bertujuan memberi peluang terakhir kepada pengganas komunis agar meninggalkan perjuangan mereka yang sia-sia sebelum pasukan keselamatan menggempur mereka habis-habisan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 14 Jun 1968
    Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mengumumkan, kakitangan kerajaan divisyen empat dan buruh-buruh kasar kerajaan yang bergaji hari serta yang tergolong dalam jenis kerja seperti penjaga stor dan penolong makmal boleh mengambil bahagian dalam politik.
  • 14 Jun 1969
    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberitahu kira-kira 50 buah kilang akan didirikan di kawasan perusahaan Shah Alam.
  • 14 Jun 1979
    Jaguh badminton wanita negara, Sylvia Ng tetap dengan keputusannya bersara dari peringkat antarabangsa.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.