Lembaga Padi dan Beras Kebangsaan ditubuhkan - Utusan Malaysia

Lembaga Padi dan Beras Kebangsaan ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 11 Jun 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Lembaga Padi dan Beras Kebangsaan yang baru ditubuhkan akan memulakan tugasnya mulai 1 Julai bagi menjaga kepentingan para petani di Malaysia.

Ahli Parlimen Muar Dalam, Tan Sri Syed Nasir Ismail yang juga bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dilantik menjadi pengerusinya yang pertama.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 11 Jun 1973
    Lebih 300 pelajar Sekolah Arab Maahad Johor Bahru dan Muar memulaukan kelas sebagai membantah sikap kerajaan negeri yang dikatakan tidak melayani tuntutan mereka.
  • 11 Jun 1975
    Lebih 30,000 membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Subang menyambut ketibaan Juara Tinju Heavyweight Dunia Muhammad Ali yang akan menentang Joe Bugner pada 1 Julai akan datang.
  • 11 Jun 1984
    Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan mendermakan kesemua elaun Seri Paduka berdua bagi tempoh perkhidmatan lima tahun berjumlah RM3.84 juta untuk menubuhkan sebuah Yayasan Pelajaran atas nama Yang di-Pertuan Agong.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya