Gaji Perdana Menteri, timbalan dipotong - Utusan Malaysia

Gaji Perdana Menteri, timbalan dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 4 Jun 1982, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Musa Hitam bersetuju memotong gaji masing-masing sebanyak RM1,000 sebulan sebagai langkah jimat cermat kerajaan berikutan kemelesetan ekonomi dunia yang kesannya turut menjejaskan Malaysia.

Elaun kedua-dua pemimpin itu juga akan dipotong jika perlu. Gaji bersih Perdana Menteri ialah RM8,500 dan timbalannya RM7,500.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 4 Jun 1968
    Keretapi Tanah Melayu akan membeli 50 buah kepala kereta api diesel dalam rancangan memodenkan perkhidmatannya.
  • 4 Jun 1974
    Portugal akan mengadakan pungutan suara di Pulau Timur di bahagian timur Indonesia untuk menentukan masa depan wilayah jajahannya itu.
  • 4 Jun 1978
    Pemain tengah, Shukor Salleh dan ratu trek, Marina Chin diisytiharkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 1977 di Stadium Negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya