fbpx

Raja Laut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 3 Mei 1978, Seorang terbunuh dan empat lagi cedera, termasuk seorang lelaki yang dikenali sebagai “Raja Laut”, dalam insiden tembak-menembak dengan sepasukan polis di Pulau Sangga Kecil dekat Port Weld (kini Kuala Sepetang).

Tan Ah Meng, 49, atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Laut” yang telah diburu polis sejak 1959 selepas membunuh dua orang lelaki di Kuala Kurau dan Kuala Gula dan melakukan peras ugut di Krian, dipercayai turut cedera tetapi dapat melepaskan diri. Lima lelaki dipercayai orang kanannya ditahan untuk siasatan lanjut.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 3 Mei 1968
    Kerajaan mengisytiharkan 31 Julai sebagai Hari Belia Negara.
  • 3 Mei 1969
    Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin menjelaskan bahawa dari $4,068 juta hutang negara, $578 juta sahaja dipinjam dari luar negara.
  • 3 Mei 1975
    Malaysia secara rasmi mengiktiraf kerajaan “Revolusiner Rakyat Vietnam Selatan”.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

BERITA BERKAITAN

×
×