Persatuan Pemborong Binaan Bumiputera ditubuh - Utusan Malaysia

Persatuan Pemborong Binaan Bumiputera ditubuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Mei 1975, sebuah persatuan yang menyatukan tenaga pemborong-pemborong Melayu seluruh negara ditubuhkan di Kuala Lumpur.

Penubuhan badan pusat yang diberi nama “Persatuan Pemborong Binaan Bumiputera Malaysia” itu bertujuan untuk menggembeling tenaga dalam usaha untuk meningkatkan taraf pemborong-pemborong Melayu yang selama ini hanya terdapat di peringkat negeri sahaja.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh pemborong-pemborong bumiputera ialah bersaiz kecil dan sering ditindas.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 24 Mei 1970
    Polis melarang tujuh barang dibawa masuk ke stadium ketika menyaksikan Kejohanan Piala Thomas bermula 28 Mei ini, iaitu kamera, cermin, botol minuman,lampu suluh, radio transister dan alat bunyian.
  • 24 Mei 1971
    Ketua Pengarah Pelajaran, Hamdan Sheikh Tahir umum 10 buah sekolah setaraf Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) akan dibina dalam RMK-2.
  • 24 Mei 1978
    Raja Nepal, Raja Birendra Bir Bikram Shah Deva tiba di Malaysia untuk lawatan tidak rasmi selama 4 hari.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya