Pelancaran Yayasan Pelaburan Bumiputera - Utusan Malaysia

Pelancaran Yayasan Pelaburan Bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 April 1978, Perdana Menteri, Tun Hussein Onn melancarkan Yayasan Pelaburan Bumiputera dan anak syarikatnya, Permodalan Nasional Berhad bagi menolong secara langsung masyarakat bumiputera mendapat dan memegang saham yang diperuntukkan di bawah Dasar Ekonomi Baru.

Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri menegaskan yayasan itu yang mendapat sumbangan permulaan kerajaan sebanyak RM200 juta, adalah satu tanggungjawab positif kerajaan bagi menolong masyarakat bumiputera mendapatkan hak milik mereka dalam pemilihan sektor ekonomi yang penting dan dinamik di negara ini.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 15 April 1968
    Tanzania menjadi negara pertama memberi pengiktirafan rasmi keatas Biafra yang telah memisahkan diri dari Nigeria.
  • 15 April 1971
    Satu kawasan pendaratan kapal terbang di kaki Bukit Sinai di mana Nabi Musa dipercayai menerima 10 rukun akan dibuka kepada pelancong bulan hadapan.
  • 15 April 1976
    Seluruh kedai minum yang bergabung dengan Persatuan Kuantan Coffee menaikkan harga kopi dan teh sebanyak 5 sen menjadikannya 30 sen secawan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd.. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.