Helikopter Nuri ditembak komunis - Utusan Malaysia

Helikopter Nuri ditembak komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 28 April 1976, tujuh pegawai bersama empat anggota tentera terkorban apabila sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas dan terbakar selepas ditembak komunis dekat Gubir, Kedah.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika helikopter tersebut dalam penerbangan ke pos-pos tentera di kawasan operasi Gubir di sempadan Malaysia-Thailand.

Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan berkata, helikopter tersebut ditembak musuh semasa berada di ruang udara kawasan sempadan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 28 April 1968
    Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama, Ghazali Jawi umum RM4 juta untuk laksana dua projek bantu baiki taraf hidup nelayan.
  • 28 April 1971
    Israel dianggarkan memiliki 700 buah kereta kebal dan sedang mengeluarkan 700 buah lagi untuk tujuan perang di padang pasir.
  • 28 April 1977
    Seramai 26,000 orang diketahui terlibat dengan dadah, sama ada sebagai penagih atau pengedar di Semenanjung Malaysia sejak 1975.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya