Dr. Mahathir sertai semula UMNO - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir sertai semula UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 8 Mac 1972, hasrat Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai semula UMNO menjadi kenyataan apabila Jawatankuasa Disiplin parti itu meluluskan permohonannya. Penerimaan semula beliau adalah berdasarkan suratnya kepada Presiden UMNO, Tun Abdul Razak.

Dr. Mahathir yang dipecat dari UMNO pada September 1969 menyifatkan penerimaan semula tersebut sebagai satu cabaran kepadanya untuk berbuat sesuatu yang lebih mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 8 MAC 1969
    Tiga projek besar di Sabah iaitu pembesaran Lapangan Terbang Kota Kinabalu, mewujudkan perkhidmatan televisyen sendiri dan memulakan rancangan membuka sawah padi di Lembah Kinabatangan seluas 250,000 ekar.
  • 8 MAC 1971
    Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menjadikan kawasan Bangsar sebagai ‘Bandar Melayu’ setanding dengan bandar-bandar besar yang lain di negara ini.
  • 8 MAC 1979
    Persatuan Badminton Malaysia memberi lampu hijau kepada Misbun Sidek buat pertama kalinya menyertai Kejohanan All England pada 21 – 24 Mac 1979.

Dapatkan maklumat lanjut dari Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya