fbpx

23 September 2021, 4:31 pm

  TERKINI

Matsushita melabur di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYARIKAT Matsushita dalam proses memperluaskan lagi penanaman modalnya dalam perusahaan elektronik di negara ini dengan pelaburan segera sebanyak $20 juta. Pengasas dan Penasihat Eksekutifnya, Tan Sri Konosuke Matsushita memberitahu ini termasuk pembinaan sebuah kilang di Johor Bharu yang menelan belanja sebanyak $10 juta yang menampung sehingga 400 pekerja.

Tan Sri Matsushita memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas menerima anugerah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri daripada Perdana Menteri Tun Hussein Onn bagi pihak Yang di-Pertuan Agong di Jabatan Perdana Menteri. Akhbar Utusan turut menyiarkan pelbagai ucapan tahniah dari pelbagai pihak atas kurniaan tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik:

  • 17 Februari 1972 – Kerajaan campuran Gerakan-Perikatan di Pulau Pinang bermula
  • 17 Februari 1974 – Gambar-gambar orang ramai membanjiri Kompleks Pelancongan Bukit Nenas sejak ianya dibuka pada pengisytiharan Wilayah Persekutuan awal Februari lalu
  • 17 Februari 1978 – Nasrul Haq: Soal jawab dengan Datuk Samad Idris.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN