Gigi tersusun cantik dan putih mampu menambah keyakinan seseorang apatah lagi apabila perlu berdepan dengan orang ramai dalam urusan seharian. Justeru ramai yang tertarik dengan rawatan mencantikkan gigi bagi mendapatkan ‘Senyuman Hollywood’ seperti yang digembar-gemburkan dalam media sosial, yang dapat dicapai dalam masa singkat menerusi rawatan veneer pergigian. Bagaimanapun, rawatan pergigian termasuk veneer perlu dilakukan oleh doktor gigi dan ada kes tertentu perlu dilakukan oleh pakar pergigian jika kes didapati…










