Anak sudah masuk ke Tahun Satu tapi masih belum dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira, pastinya membuatkan ibu bapa risau tambahan pula apabila melihat rakan sebaya anak yang lain sudah menguasai kemahiran berkenaan ada kemunkinan menghidap disleksia. Berdasarkan statistik Kementerian Pendidikan , di antara 448,113 murid Tahun Satu (usia tujuh tahun) bagi sesi akademik 2024/2025 yang disaring, seramai 122,062 murid Tahun Satu iaitu 27.24 peratus dikenal pasti belum menguasai…